Islam Itu Sempurna
1.56K subscribers
155 photos
134 links
Sebarkan Ilmu Dakwah Bersama
Download Telegram
Kesungguhan Salaf Menuntut Ilmu
=======
1. Ceritakan kepada anak-anak kita bahawa generasi salafussoleh terdahulu adalah contoh terbaik yang perlu dijadikan pedoman buat seorang Muslim dalam usaha menuntut ilmu.

2. al-Imam al-Bukhari meriwayatkan kisah Saidina Jabir bin Abdillah al-Ansari yang mengembara dari Madinah ke negeri Syam (yang jaraknya lebih kurang 1600 KM) selama sebulan semata-mata ingin mendengar satu hadis dari Abdullah bin Unais.

3. Begitu juga dengan kisah Umar bin Abdul Hakim al-Rawwasi, seorang perawi hadis yang mengembara dalam musim sejuk sehingga rosak jari-jemarinya. Kisah ini direkodkan oleh al-Imam al-Zahabi yang menceritakan:

سقطت أصابعُ عُمَر الرَّوَّاسيّ في الرحلة مِن البرد الشّديد

“ Telah gugur rosak jari-jemari beliau (Umar al-Rawwasi) ketika pengembaraan (menuntut ilmu) dalam musim yang sangat sejuk.” (Tarikh al-Islami)

4. Malah Hisham bin Ammar menjelaskan bahawa ayahnya berkorban menjual rumah demi membolehkan dirinya menuntut ilmu. Kata Hisham:

باع أبي بيتًا له بعشرين دينارًا وجهزني لطلب العلم والحج

"Ayahku telah menjual rumahnya bagi mendapatakn 20 wang dinar emas untuk mempersiapkan aku untuk menuntut ilmu dan menunaikan haji."

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Mengapa Surah Al-Taubah Tdak Dimulakan Dengan Bismillah

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2019/03/17/mengapa-surah-al-taubah-tdak-dimulakan-dengan-bismillah/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Kempen Masuk Syurga Sekeluarga
==========

1. Surah al-Tahrim menyediakan kepada kita satu panduan yang lengkap mengenai kempen “masuk syurga sekeluarga.” Kempen ini dimulakan dengan peringatan kepada suami agar sentiasa membimbing isteri dan ahli keluarga mereka agar sentiasa mematuhi perintah syarak.

2. Dalam permulaan surah ini Allah menegur Rasulullah supaya tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak semata-mata ingin menjaga hati isteri.

3. Perbincangan ini disusuli dengan peringatan yang sangat tegas di mana Allah meminta kita memelihara diri dan keluarga kita dari neraka. Andai gagal, kita yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)…”

4. Kemudian al-Quran menampilkan contoh isteri-isteri yang terpisah dari suami mereka. Mereka bukan sahaja tidak beriman malah mengkhianati dakwah suami mereka lalu Allah humban mereka ke neraka terpisah dari suami mereka di syurga. Firman Allah:

وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ

"Masuklah kamu berdua (isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut) ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".

5. Setelah itu Allah bayangkan kepada kita, terdapat juga isteri yang dianugerahkan istana di syurga, namun suami mereka merengkok ke neraka. Mereka adalah pasangan yang terpisah dek keimanan yang berbeza. Firman Allah:

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim."

6. Akhirnya Allah tutup perbincangan ini dengan menjelaskan mengenai wanita yang tidak mempunyai pasangan. Wanita yang masih belum berpasangan ini hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka seperti Saidatina Maryam yang akhirnya dikurniakan syurga oleh Allah.

Semoga Allah membimbing kita untuk ke syurga sekeluarga.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Keyakinan Dalam Berdoa
=====
1. Ketika memohon agar dikurniakan anak, Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria menutup doa mereka dengan ayat yang menunjukkan keyakinan mereka bahawa Allah Maha Mendengar doa mereka.

2. Keyakinan mereka terhadap doa dan hubungan dengan Allah ini akhirnya membuahkan hasil. Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria dikurniakan anak walaupun dalam usia mereka yang sudah terlalu tua bahkan mereka sendiri mempersoalkan dalam dialog mereka. Kata Nabi Zakaria:

قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَقَدْ بَلَغَنِيَ الْكِبَرُ وَامْرَأَتِي عَاقِرٌ

"Dia berkata: Wahai Tuhanku bagaimana mungkin aku dikurniakan anak sedangkan aku sudah tua dan isteriku tidak boleh mengandung." (Surah Ali Imran: 40)

4. Begitulah doa oleh kedua orang Nabi ini mendidik kita bagaimana Allah berupaya memberikan rezeki pada seseorang sekalipun dalam keadaan yang tidak kita sangkakan. Pusatkan keyakinan kepada Allah dalam doa kita.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Anda Stress? Bacalah al-Quran!
========
1. Sekiranya jiwa sedang mengalami kemurungan atau semangat kian luntur, maka bacalah kisah-kisah dari al-Quran. Allah mempersembahkan lembaran kisah ini kepada Rasulullah bagi mengukuhkan jiwanya dalam menghadapi ujian kaumnya. Firman Allah:

وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ

“Dan tiap-tiap kisah dan berita para Rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk mengukuhkan hatimu dengannya.”

2. Apa yang dimaksudkan bagi mengukuhkan jiwa Rasulullah ini? Menurut Ibn Asyur, kisah-kisah daripada al-Quran ini memberikan ketenangan jiwa buat Rasulullah yang sedang menghadapi tekanan yang amat dahsyat dari kaumnya. Kata Ibn Asyur:

حقيقته التسكين في المكان بحيث ينتفي الاضطراب والتزلزل

“(maksud pengukuhan jiwa ini) hakikatnya ialah memberikan ketenangan (dalam jiwa) yang sedang bergelojak, tidak tenteram (atau merasa sempit).

3. Begitulah mukjizat dan kekuatan al-Quran. Ia menguatkan jiwa orang yang beriman. Saat kita diejek, bacalah kisah Nabi Nuh yang diejek oleh kaumnya, bahkan disangkakan gila.

4. Saat kita disakiti, bacalah kisah Nabi Yusuf yang cuba dibunuh oleh adik-beradiknya sendiri. Saat kita kecewa, bacalah kesukaran Rasulullah dicerca oleh ayah saudara sendiri (Abu Lahab).

5. Kalimah-kalimah al-Quran mempunyai keajaibannya yang tersendiri. Kalamullah ini meredupkan hati orang yang beriman, memberikan kelapangan buat jiwa yang sempit, menenangkan si pembaca dan yang mendengarnya.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Forwarded from Taman Ilmu
Mempamerkan Kemesraan Suami/Isteri
===========
1. Ada yang bertanya mengenai hukum mempamerkan kemesraan suami isteri di media sosial sehingga memuatnaik video bercium dan berpelukan. Pada hakikatnya kemesraan suami isteri sebahagian daripada elemen kebahagiaan, namun mempamerkannya bukanlah satu keperluan.

2. Rasulullah SAW adalah suami yang romantis. Namun perkara ini tidak diketahui sehinggalah para isteri Baginda yang menceritakannya, atau sahabat lain yang ternampak akan kemesraan tersebut. Ia bukanlah ditunjuk di khalayak umum.

3. Bahkan Rasulullah pernah memerintahkan isteri Baginda supaya memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda. Kata Rasulullah:

احْتَجِبَا مِنْهُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَلَيْسَ هُوَ أَعْمَى لاَ يُبْصِرُنَا وَلاَ يَعْرِفُنَا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ: أَفَعَمْيَاوَانِ أَنْتُمَا أَلَسْتُمَا تُبْصِرَانِهِ

“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)

4. Perhatikan bagaimana di hadapan seorang lelaki buta pun Rasulullah meminta isteri Baginda agar memakai hijab dan menjaga penampilan mereka. Maka apatah lagi andai dipamerkan aksi yang berlebihan buat tatapan jutaan mata yang melihat? Sudah tentu Baginda melarang.

5. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video aksi kemesraan tersebut menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan secara umum.

6. Atau perbuatan tersebut diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mendedahkan aksi mesra mereka. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran lain. Sabda Rasulullah:

وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ

“Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat (dilarang) dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).

7. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim. Jangan dilihat dari sudut negatif pula.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
Zikir Pagi Penghapus Dosa
======
1. Setiap kali bangun dari tidur, ucapkanlah zikir yang sering kita bacakan setelah selesai dari solat ini. Ini kerana, Rasulullah menjelaskan bahawa zikir ini berupaya menghapuskan dosa kita sekalipun sebanyak buih dilautan. Malah zikir ini melindungi kita dari hasutan syaitan.

2. Sabda Rasulullah ﷺ:

"Barangsiapa yang mengucapkan sebanyak 100 kali zikir ini:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Maka pahalanya adalah seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis 100 kebaikan, dihapuskan 100 dosa kejahatannya dan dilindungi dari hasutan syaitan sehingga petang." (HR al-Bukhari)

3. Hadis ini seakan memberikan kepada kita gambaran bagaimana Rasulullah berkehendakkan agar setiap hari dipenuhi dengan lembaran zikir mentauhid dan menyucikan Allah.

4. Amalkan zikir ini sepanjang hari. Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Kepenatan Dalam Mencari Nafkah
============
1. Kesungguhan ibubapa yang bekerja pagi dan petang bagi menyara kehidupan keluarga adalah kepenatan yang disukai oleh Allah dan RasulNya. Rasulullah pernah bersabda bahawa setiap suap yang diberikan suami kepada isteri akan diberi pahala. Sabda Nabi ﷺ:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Bahkan isteri yang bersungguh mendapatkan makanan buat anak-anaknya akan turut diberikan ganjaran yang besar oleh Allah. al-Imam Muslim meriwayatkan satu insiden yang menyayat hati.

2.1 Menurut Saidatina Aisyah, seorang Ibu telah datang ke rumahnya bersama dengan dgn dua orang anak perempuannya. Ibu tersebut meminta sumbangan daripada Aisyah. Namun, ketika itu tiada apa yang boleh disumbangkan melainkan sebiji tamar lalu diberikan kepada si Ibu tersebut.

2.2 Apa yang berlaku dihadapan Aisyah sangat menyentuh hatinya. Si Ibu tersebut membelah tamar tersebut kepada dua bahagian lalu diberikan kepada kedua orang anak perempuan yang bersama dengannya sedangkan dia sendiri tidak mendapat sebarang makanan. Peristiwa ini diberitakan kepada Nabi. Rasulullah lalu bersabda:

فَقَالَ إنَّ اللَّهَ قَدْ أَوْجَبَ لَهَا بِهَا الْجَنَّةَ أَوْ أَعْتَقَهَا بِهَا مِنْ النَّارِ

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas ibu tadi syurga (iaitu ibu tersebut pasti akan masuk ke syurga) atau (dengan amalan tersebut) Allah akan membebaskannya dari neraka. (HR Muslim).

3. Bahkan Rasulullah turut menegaskan bahawa duit yang ibu dan ayah sumbangkan untuk keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

4. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai perilaku baik seorang suami. Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : " الصدقة عَلَى الأهل صدقة

"Aku telah hadiahkannya kepada isteriky Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Mengapa Lupa Rakaat Dalam Solat?
==========
1. Perasan atau tidak, kita lebih mudah ingat barang yang kita lupa ketika melaksanakan solat? Sedangkan diluar solat kita tidak ingat tentang perkara itu? Sehingga menyebabkan kita terlupa berapa rakaat yang telah kita tunaikan.

2. Fenomena "ingat barang" dalam solat ini pada hakikatnya telah disebutkan dalam hadis Nabi. Rasulullah membayangkan kepada kita bahawa syaitan sering mengganggu seseorang dalam solatnya sehingga mengingatkan kepadanya perkara yang dia terlupa diluar solat. Sabda Rasulullah:

إِذَا قُضِيَ التَّثْوِيبُ أَقْبَلَ حَتَّى يَخْطُرَ بَيْنَ الْمَرْءِ وَنَفْسِهِ يَقُولُ لَهُ اذْكُرْ كَذَا وَاذْكُرْ كَذَا لِمَا لَمْ يَكُنْ يَذْكُرُ مِنْ قَبْلُ حَتَّى يَظَلَّ الرَّجُلُ مَا يَدْرِي كَمْ صَلَّى

“Sehinggalah iqamah itu telah selesai, maka syaitan akan kembali (mengganggu) hingga mengingatkan seseorang dalam dirinya. Syaitan berbisik: "Ingat demikian, ingat demikian" untuk sesuatu yang tidak dia ingat sebelumnya hingga seorang lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia telah solat.” (Sahih Muslim)

3. Atas dasar itu kita sering dinasihatkan agar memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan sebelum solat. Seorang sahabat Nabi bernama Usman bin Abi al-As pernah mengadu kepada Rasulullah dia sering tidak khusyuk dan diganggu. Maka Rasulullah berpesan:

ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ

“(Yang mengganggu kamu) itu ialah syaitan yang dinamakan Khanzab. Oleh itu apabila kamu rasa diganggunya, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya” (Sahih Muslim)

4. Oleh itu andai kita sering terganggu dalam solat, mohonlah perlindungan dari Allah. Ucapkan isti’azah (bacaan A’uzubillahi Minasy Syaitan) dan berdoalah agar Allah membantu kita khusyuk dalam solat.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Sikap Bermuka-muka
==========
1. al-Imam al-Bukhari merekodkan perbualan beberapa orang lelaki yang bertanya kepada Saidina Abdullah bin Umar tentang sikap mereka yang bersikap bermuka-muka.

2. Dihadapan orang mereka memuji, dibelakang orang, mereka mengutuk dan mengkeji. Lalu Abdullah bin Umar menjelaskan bahawa sifat sebegini dianggap sebagai sebahagian daripada sifat munafik di zaman Rasulullah.

3. Dalam riwayat riwayat yang lain pula Rasulullah menjelaskan:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ذُو الوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ، وَهَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ»

Sejahat-jahat manusia adalah mereka yang memiliki dua wajah. Dia datang kepada orang lain dengan wajah yang lain, dan dia pergi kepada orang lain dengan wajah yang lain pula. (Sahih al-Bukhari).

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Jangan Tinggal Selawat Pada Nabi
========
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Nabi akan disampaikan kepada Nabi sendiri. Dalam erti kata yang lain, Baginda tahu kita berselawat. Sabda Rasulullah:

وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتكُمْ تبلغني حَيْثُ كُنْتُم

“Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada.” (Sunan Abu Daud - dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Mula Ali al-Qari menukilkan padandangan al-Imam al-Tiibi yang seakan menjelaskan bahawa para malaikat menyampaikan kepada Baginda tentang selawat yang dibacakan buat dirinya. (Fayd al-Qadir)

3. Begitulah hebatnya kedudukan selawat ke atas Nabi. Dalam al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi.

4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah:

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً

“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)

5. Dengan itu, perbanyakkanlah selawat ke atas Rasulullah. Amalkanlah sunnah Baginda Nabi sebagai tanda kasih kepada Rasulullah.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Inilah Ikhtiar Guna Perubatan Islam Menghilangkan Bisa, Lenguh Sendi dan Gangguan Makhluk Halus

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2019/01/01/inilah-ikhtiar-guna-perubatan-islam-menghilangkan-bisa-lenguh-sendi-dan-gangguan-makhluk-halus/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Forwarded from Taman Ilmu
KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH DAN MADINAH

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/03/05/kelebihan-meninggal-dunia-di-makkah-dan-madinah/

Jangan lupa Follow Telegram Taman Ilmu:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Wanita Inginkan Kulit Cantik seperti Saidatina Aisyah r.a? AMALKAN INI…Tips Dato’ Dr. Fatma El-Zahra. Sila share..

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/03/30/wanita-inginkan-kulit-cantik-seperti-saidatina-aisyah-r-a-amalkan-initips-dato-dr-fatma-el-zahra-sila-share/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Cara Solat Taubat Yang Ringkas Taubat Nasuha

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2020/02/20/cara-solat-taubat-yang-ringkas-taubat-nasuha-2/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Hanya amalkan selawat 20 kali sehari. Ini kelebihan khusus utk umat Nabi Muhammad SAW

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2019/04/30/hanya-amalkan-selawat-20-kali-sehari-ini-kelebihan-khusus-utk-umat-nabi-muhammad-saw/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
6 Perkataan Ini Merupakan Doa Istimewa, Ulanglah Sebanyak Mungkin Pada 10 Hari Terakhir Ramadan

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/06/07/6-perkataan-ini-merupakan-doa-istimewa-ulanglah-sebanyak-mungkin-pada-10-hari-terakhir-ramadan/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
6 Tanda-tanda Malam Itu Adalah Malam Lailatul Qadar Berdasarkan Hadist Rasulullah SAW

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/06/05/6-tanda-tanda-malam-itu-adalah-malam-lailatul-qadar-berdasarkan-hadist-rasulullah-saw/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Inilah Doa Agar Muka Nampak Cantik Dan Berseri-Seri. Jom Amalkan

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/04/05/inilah-doa-agar-muka-nampak-cantik-dan-berseri-seri-jom-amalkan/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Forwarded from Taman Ilmu
Ketika Memasak Baca Zikir Ini. Insyaallah, Anak Tak Degil Dan Dengar Kata

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2019/05/13/ketika-memasak-baca-zikir-ini-insyaallah-anak-tak-degil-dan-dengar-kata/

Jangan lupa Follow Telegram Taman Ilmu:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ